Hai semua! Untuk entry kali ni kami akan menerangkan tentang kalibrasi kamera. Seperti yang kita sedia maklum setiap kamera mempunyai error
dan ini bermaksud tidak ada kamera yang betul-betul tepat dan jitu nilainya.
Dengan ini bagi mengurangkan error dalam pengambilan gambar, kamera
hendaklah dikalibrasi terlebih dahulu.
Kalibrasi kamera ini dilakukan untuk mengetahui
sifat-sifat kamera bagi mengaplikasikan pembetulan kamera sama ada dari segi
pengiraan focal length, kecacatan kanta mahupun format aspek ratio dan principal
point. Ianya turut dilakukan bagi menentukan ketepatan dan kejituan nilai
untuk suatu nombor yang tetap.
Focal Length bagi sesebuah Kamera
Kecacatan Pada Kanta
Kesan Kacacatan Kanta pada Imej Mengikut Jarak
Terdapat 3 cara yang boleh digunakan dalam kalibrasi
kamera. Antaranya ialah laboratory method, field method dan stellar
method. Namun begitu cara yang menjadi keutamaan dan biasa digunapakai
ialah menggunakan kaedah laboratory. Hal ini demikian kerana,
kaedah-kaedah lain lebih memerlukan kos yang agak tinggi.
Kaedah laboratory ini biasanya dilakukan oleh
pembuat kamera itu sendiri yang mana dari agensi kerajaan. Ianya dilakukan
dengan melibatkan elemen-elemen interior orientation Elemen-elemen interior
orientation ini ditentukan melalui pengukuran yang tepat bagi sesuatu imej
target. Selain itu, lokasi imej sebenar dan kedudukan yang sepatutnya turut
dibandingkan bagi menghasilkan gambaran yang sempurna.
Kalibrasi kamera bagi kaedah stellar dan field
pula dilakukan di luar ataupun di lapangan. Antara kelemahan dkaedah ini ialah
adanya biasan atmosfera ketika kalibrasi kamera dilakukan. Selain itu, ianya
turut memerlukan alat yang berkos tinggi dan penggunaan alat kejituan yang khas
jika dibandingkan dengan kaedah lain. Namun begitu, konsep yang digunakan
adalah sama iaitu dengan mengetahui kedudukan objek. Gambar diambil dan
kemudian ianya diukur dan dinilai. Akhir sekali perbandingan dilakukan untuk
mengenal pasti kedudukan sebenar bagi sesuatu gambar itu adalah sama atau
sebaliknya yang berlaku.
Antara kaedah lain pula ialah on the job
calibration yang mana digunakan untuk close range photogrammetry.
Kaedah dilakukan dengan cara mengambil gambar untuk menghasilkan model 3D.
Dalam menghasilkan model 3D, kalibrasi kamera yang dijalankan pada ketika itu
dengan menggunakan imej yang sama.
Bagi kaedah self-calibration pula, imej yang
digunakan adalah bukan objek. Ianya melibatkan kertas kalibrasi. Kaedah ini
digunakan oleh kami semasa amali fotogrametri yang dipantau oleh Sir Razali
berjalan. Kalibrasi kamera menggunakan kaedah ini melibatkan penggunaan
perisian dan perisian yang kami gunakan ialah PhotoModeler.
Kertas Kalibrasi
Dengan ini, jelas sekali dapat kita ketahui bahawa
setiap kamera mempunyai kelemahan yang tersendiri yang mana ianya dapat
diminimakan melalui kalibrasi kamera. Namun begitu, melalui ketidaksempurnaan
penghasilan kamera dalam proses pembuatan, terdapat juga kecacatan pada kanta
kamera yang tidak dapat diperbaiki.
sumber dari :
http://www.trustedreviews.com/opinions/digital-photography-tutorial-focal-length
http://dslrfilmschool.com/lens-distortion/
http://60if.proboards.com/thread/2711/lens-distortion-effect
http://tehparadox.com/forum/f51/photomodeler-scanner-v6-2-2-a-535057/
No comments:
Post a Comment