Sunday, 16 November 2014

PEMETAAN DIGITAL DALAM BIDANG GEOLOGI

Hai readers! Bagi entry kali ni pula, kami akan berkongsi mengenai pemetaan skruktur geologi menggunakan fotogrametri digital. Namun begitu ada yang tertanya-tanya, kenapa pemetaan fotogrametri secara 3D digunakan dalam bidang geologi ini?

Hal ini demikian kerana, amali kerja yang pada dahulunya mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan kini memerlukan hanya beberapa jam. Dengan ini, beratus-ratus joint dapat diukur  pada waktu yang sama. Selain itu, melalui pemetaan ini juga, joint tersebut boleh disambungkan pada model bagi mengenal pasti dimana kedudukan joint yang bersilang. Ahli geologi juga dengan pantasnya boleh menilai beberapa projection dan sekaligusnya dapat melihat gambar 3D. Namun begitu, model fotogrametri 3D ini menjadi tidak penting dan bernilai terutamanya apabila ianya tidak lagi dipaparkan setelah berlakunya proses pembinaan.

Sebenarnya fotogrametri digital ini menyediakan cara yang efektif di mana ia mendokumentasikan wajah batu yang akan dipetakan dan sekaligus membolehkan pemetaan struktur dapat dijalankan daripada gambar.

Digital fotogrametri ini membenarkan pemetaan struktur geologi yang akan dijalankan ke atas muka batu yang ada dan pada dasarnya ianya tidak boleh dilakukan untuk pemetaan konvensional. Selain itu, ia juga membolehkan permukaan batu yang susah dan kelihatan mustahil untuk dipetakan dengan menyediakan aerial coverage. Tambahan lagi, dengan DTM (digital terrain model) yang dicipta, proses photogrammetric data reduction dapat dilakukan secara terus untuk kestabilan geoteknik dan analisis volumetric.

Dengan menggunakan teknik fotogrametri digital tersebut, permukaan batu-batuan dapat digambarkan. Kedudukan 3D bagi struktur geologi daripada gambar secara digitalnya akan ada apabila ianya sudah siap dipetakkan.


Gambar berikut menunjukkan beberapa contoh permukaan struktur geologi yang bakal dipetakan. Daripada peta yang bakal terhasil, ketinggian pada sruktur geologi ini boleh dikira dan diketahui.









sumber dari :
http://www.usbr.gov/pmts/geology/3d/
https://www.pinterest.com/pin/308848486917044095/
http://www.auracleremotesensing.com/mining-geo-fracture_analysis.html


No comments:

Post a Comment