Monday, 27 October 2014

APA ITU FOTOGRAMETRI?

Secara umumnya, fotogrametri dikenali sebagai teknik pemetaan melalui foto udara. Hasil pemetaan melalui kaedah tersebut berupa peta foto (tidak boleh dijadikan sebagai dasar atau lampiran penerbitan peta). Pemetaan menggunakan kaedah foto udara ini tidak lari daripada pengukuran yang bermula dari penetapan ground control hingga ke pengukuran boundary tanah. Land boundary yang diidentifikasikan kepada peta foto haruslah dijalankan pengukurannya di lapangan.



Secara formalnya, fotogrametri merupakan satu kajian ilmu sains, seni atau teknik mengenai pengukuran yang dibuat di atas foto yang diambil dengan menggunakan kamera metrik sama ada foto itu diambil dari udara mahupun dari permukaan bumi (Abdul Hamid Tahir, 1990).

Daripada keterangan di atas, dapat kita simpulkan area fotogrametri terbahagi kepada dua bahagian iaitu metric dan interpretative. Metric photogrammetry digunakan untuk melakukan pengukuran yang lebih tepat daripada gambar untuk menentukan lokasi relative sesuatu titik. Sebagai contoh, jarak, sudut, keluasan, isipadu dan sebagainya. Aplikasi metric photogrammetry ini pula adalah untuk menghasilkan peta topografi daripada gambar yang merangkumi foto udara dan foto bumi.

Interpretative photogrammetry pula digunakan untuk mengenali dan mengenalpasti sesuatu objek dan menilai kepentingan objek tersebut  melalui sistematik analisis yang mana termasuklah penafsiran gambar dan remote sensing (menggunakan data secara meluas daripada alatan seperti multispectral camera, infrared sensor, thermal scanners dan side looking airborne radar.

Fotogrametri boleh diklasifikasikan sebagai fotogrametri udara dan bumi. Secara ringkas, fotogrametri udara melibatkan fotograf yang diambil dengan kamera metrik yang diletakkan diperut kapalterbang manakala fotogrametri bumi melibatkan fotograf yang diambil di atas bumi dengan kamera metrik atau kamera bukan metrik. Fotogrametri bumi melibatkan penggunaan kamera di atas permukaan tanah, kedudukan dan orientasinya diukur secara direct semasa time of exposure. Contoh aplikasi penggunaan fotogrametri bumi ialah phototheodolite (gabungan kamera dan theodolite).

                        
                

                     Phototheodolite                                   Fotogrametri Udara



Manakala fotogrametri udara pula diklasifikasikan kepada dua iaitu vertical dan oblique yang mana vertical bermaksud kedudukan axis kamera yang berada setegak yang boleh. Sekiranya axis tersebut senget (1o- 3o) ianya dikenali sebagai tilted photography. Oblique foto udara pula berlaku sekiranya axis kamera senget daripada kedudukan yang tegak.

                  
                       

                           Vertical Photogrammetry                    Oblique Photogrammetry



Fotogrametri juga turut digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian. Antara aplikasi fotogrametri yang paling utama ialah dalam menghasilkan peta topografi. Selain itu, ianya turut digunakan secara meluas untuk perancangan dalam mereka lebuh raya, rapid transit, jambatan dan lain-lain lagi. Fotogrametri juga turut menyediakan spatial data untuk kegunaan dalam bidang GIS. Selain itu, antara kegunaan lain pula merangkumi bidang archeology, kawasan kemalangan, pengurusan trafik, perubatan dan pergigian, ketenteraan dan dalam perindustrian.






         



sumber dari : 
http://www.san-lo.com/photogrammetry.html
http://www.hugha.co.uk/PhotoInt/PhotoInt.htm
http://mapsandgis.com/blog/2014/01/19/agisoft-photoscan-professional-1-9-9photogrammetry-tutorial/
http://photogrammetrist.blogspot.com/2012/09/photogrammetry-introduction.html
http://www.iwitnessphoto.com/solutions/xyrectify.html
http://userpages.umbc.edu/~tbenja1/umbc7/santabar/vol1/lec6/6-1.html
http://www.kineticorp.com/forensic-photogrammetry.aspx
http://ejo.oxfordjournals.org/content/early/2011/01/31/ejo.cjq149
http://www.medgadget.com/2013/01/medical-modeling-vsp-facial-reconstruction-system-cleared-in-u-s.html

3 comments:

  1. Assalamualaikum. nice blog... isi menarik.. tp rasanya kene cek balik fakta yg diberi. Just read entry 'APA ITU FOTOGRAMETRI?', ayat pertm mcm x tepat. mgkn paragrah tu boleh ltk jd yg ke-2. and cara anda klasifikasi kan fotogrmetry is so unconventional. never found it been classified like that, but didnt say its wrong either. in general, u just give us new knowledge here, different from what we study. tq.

    ReplyDelete
  2. Sekedar tambahan saja gan, mengenai penemu dan sejarah singkat dari Photogrammetry

    selengkapnya --> MENGENAL PHOTOGRAMMETRY

    Semoga bermanfaat,
    thnx

    ReplyDelete
    Replies
    1. link di atas rusak, silakan gunakan link berikut ini
      selengkapnya --> MENGENAL PHOTOGRAMMETRY

      Semoga bermanfaat,
      thnx

      Delete