Dalam bidang photogrammetry ini, kamera diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu metric camera dannon-metric camera. Definisi metric camera ialah kamera yang direka terutamanya untuk fotogrametri, dibina supaya perubahan geometri bagi sesuatu imej adalah minimum dan ciri-ciri kamera tidak berubah dari gambar ke gambar yang lain dan sebaliknya bagi non-metric camera ianya direka bukan untuk digunakan secara khas dalam bidang fotogrametri.
Metric camera secara umumnya digunakan sebagai aplikasi
dalam bidang fotogrametri. Kamera jenis ini mempunyai fiducial marks
(titik rujukan) pada focal plane. Kamera ini telah dikalibrasi dengan
stabilnya sebelum digunakan untuk tujuan fotografi. Antara contoh metric
camera ialah CRC-1 yang mana digunakan sebagai aplikasi dalam perindutrian.
Selain itu, phototheodolite juga menggunakan kamera jenis ini yang mana
ianya merupakan kombinasi antara metric camera dan theodolite. Selain
itu, stereometric camera juga menggunakan dua metric camera yang
sama. Antara kegunaan lain metric camera ialah dalam pemetaan udara. Pemetaan
udara memerlukan kanta yang mempunyai geometri kualiti yang tinggi yang mana
ciri ini terdapat pada kamera jenis metric tersebut. Antara ciri-ciri
lain pula ialah single lens frame camera, posisi kanta yang tetap pada focal
plane dan ianya boleh diklasifikasikan mengikut sudut keluasan yang boleh
dipaparkan. Selain itu, kamera jenis ini juga mempunyai berbagai jenis focal
length yang mana yang biasa digunakan ialah 152mm.
Metric Camera untuk Pemetaan Udara
Pemetaan Udara
Manakala non-metric camera pula dihasilkan
untuk kegunaan photographer yang berprofesional mahupun amatur. Antara jenis
kamera non-metric ialah Canon PowerShot dan Nikon CoolPix. Kamera jenis non-metric
ini tidak mempunyai fiducial marks dan ianya dikalibrasi untuk
kegunaan terrestrial. Kamera ini adalah kurang stabil dan kurang tepat
jika dibandingkan dengan metric camera.
Non-Metric Camera
Penggunaan Non-Metric Camera dalam Fotografi
Oleh itu, dalam bidang fotogrametri ini penggunaan
kamera jenis metric adalah lebih diutamakan jika dibandingkan dengan
kamera jenis non-metric yang kebiasaannya digunakan dalam bidang
fotografi.
sumber dari :
http://rscc.umn.edu/rscc/v1m3a.html
http://coast.noaa.gov/digitalcoast/data/aerialphoto
sumber dari :
http://rscc.umn.edu/rscc/v1m3a.html
http://coast.noaa.gov/digitalcoast/data/aerialphoto
http://www.nikon.com.my/
http://www.canon.com.my/
No comments:
Post a Comment