Hai semua! Dalam entry kali ini kami akan terangkan pula peranan fotogrametri
dalam bidang perubatan dan pergigian. Hal ini demikian kerana, tidak ramai di
antara kita yang mengetahui dan terdedah kepada fotogrametri dalam bidang
perubatan dan juga pergigian.
Perubatan merupakan salah satu bidang yang agak
kritikal di Malaysia. Begitu juga halnya jika dibandingkan di Negara lain. Sebagai
contoh, Korea. Mereka ini gemar melakukan pembedahan plastik di mana ada
segelintir dalam kalangan mereka yang sangat obses terhadap pembedahan plastik untuk
kelihatan seperti artis yang diminati sehingga sanggup menghabiskan jutaan
wang. Walaubagaimanapun, hal ini adalah sangat berisiko kerana ada pembedahan
yang dilakukan berjaya dan ada juga sebaliknya.
Namun begitu, ada yang tertanya-tanya, apa kaitannya
pembedahan plastik dengan fotogrametri? Tugas sebagai seorang doktor bedah
adalah melakukan pembedahan. Jika dikaitkan dengan fotogrametri, ianya memainkan
peranan dalam melakukan pemetaan 3D terhadap muka manusia. Doktor bedah
memerlukan panduan sebelum melakukan pembedahan terhadap muka manusia. Oleh itu,
fotogrametri memainkan peranan penting dalam melakukan pemetaan terhadap muka
manusia sebagaimana rupa yang diinginkan oleh pesakit. Kemudian, pembedahan
dilakukan terhadap model terlebih dahulu sebelum pembedahan sebenar dilakukan
terhadap pesakit. Seterusnya, rupa model dan pesakit dipadankan dan
dibandingkan agar kelihatan sama sebagaimana yang telah dipetakan.
Pembedahan Plastik Menyerupai Miranda Kerr
Dan begitu juga halnya jika dikaitkan ke dalam bidang
pergigian, kaedah fotogrametri digunakan untuk mengukur dimensi gerbang gigi,
saiz gigi, bentuk gigi dan juga kedudukan relative gerbang gigi pada bahagian
atas dan bawah. Ianya penting untuk melakukan pembedahan dan rawatan pergigian.
Fotogrametri sistem digunakan untuk menghasilkan 3D model gigi. Untuk keseluruhan
3D model gerbang gigi, ianya memerlukan satu set scan bagi pelbagai
posisi plaster model. Orientasi gigi tersebut adalah berdasarkan kehendak
pesakit. Seterusnya, rawatan dan pembedahan gigi dilakukan sebagaimana yang
telah dimodelkan mengikut kehendak pesakit.
3D Modelling dalam Pergigian
Sumber dari :
http://www.slideshare.net/dentistryinfo/photogrammetric-techniques-for-dentistry-analysis-planning
http://www.facialplastics.info/blogs/the-new-plastic-surgery-app.html
http://mobile.hmetro.com.my/articles/MirandaKerrKorea/Article
http://www.dentalproductsreport.com/blog/objet-3d-printers-approved-sirona-model-production
https://www.youtube.com/watch?v=UmoHvkaASEo
No comments:
Post a Comment