Wednesday, 29 October 2014

JENIS-JENIS KAMERA

Dalam bidang photogrammetry ini, kamera diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu metric camera dannon-metric camera. Definisi metric camera ialah kamera yang direka terutamanya untuk fotogrametri, dibina supaya perubahan geometri bagi sesuatu imej adalah minimum dan ciri-ciri kamera tidak berubah dari gambar ke gambar yang lain dan sebaliknya bagi non-metric camera ianya direka bukan untuk digunakan secara khas dalam bidang fotogrametri.

Metric camera secara umumnya digunakan sebagai aplikasi dalam bidang fotogrametri. Kamera jenis ini mempunyai fiducial marks (titik rujukan) pada focal plane. Kamera ini telah dikalibrasi dengan stabilnya sebelum digunakan untuk tujuan fotografi. Antara contoh metric camera ialah CRC-1 yang mana digunakan sebagai aplikasi dalam perindutrian. Selain itu, phototheodolite juga menggunakan kamera jenis ini yang mana ianya merupakan kombinasi antara metric camera dan theodolite. Selain itu, stereometric camera juga menggunakan dua metric camera yang sama. Antara kegunaan lain metric camera ialah dalam pemetaan udara. Pemetaan udara memerlukan kanta yang mempunyai geometri kualiti yang tinggi yang mana ciri ini terdapat pada kamera jenis metric tersebut. Antara ciri-ciri lain pula ialah single lens frame camera, posisi kanta yang tetap pada focal plane dan ianya boleh diklasifikasikan mengikut sudut keluasan yang boleh dipaparkan. Selain itu, kamera jenis ini juga mempunyai berbagai jenis focal length yang mana yang biasa digunakan ialah 152mm.



Metric Camera untuk Pemetaan Udara




Pemetaan Udara



Manakala non-metric camera pula dihasilkan untuk kegunaan photographer yang berprofesional mahupun amatur. Antara jenis kamera non-metric ialah Canon PowerShot dan Nikon CoolPix. Kamera jenis non-metric ini tidak mempunyai fiducial marks dan ianya dikalibrasi untuk kegunaan terrestrial. Kamera ini adalah kurang stabil dan kurang tepat jika dibandingkan dengan metric camera.


Non-Metric Camera




Penggunaan Non-Metric Camera dalam Fotografi


Oleh itu, dalam bidang fotogrametri ini penggunaan kamera jenis metric adalah lebih diutamakan jika dibandingkan dengan kamera jenis non-metric yang kebiasaannya digunakan dalam bidang fotografi.

sumber dari :
http://rscc.umn.edu/rscc/v1m3a.html
http://coast.noaa.gov/digitalcoast/data/aerialphoto
http://www.nikon.com.my/

http://www.canon.com.my/

Monday, 27 October 2014

APA ITU FOTOGRAMETRI?

Secara umumnya, fotogrametri dikenali sebagai teknik pemetaan melalui foto udara. Hasil pemetaan melalui kaedah tersebut berupa peta foto (tidak boleh dijadikan sebagai dasar atau lampiran penerbitan peta). Pemetaan menggunakan kaedah foto udara ini tidak lari daripada pengukuran yang bermula dari penetapan ground control hingga ke pengukuran boundary tanah. Land boundary yang diidentifikasikan kepada peta foto haruslah dijalankan pengukurannya di lapangan.



Secara formalnya, fotogrametri merupakan satu kajian ilmu sains, seni atau teknik mengenai pengukuran yang dibuat di atas foto yang diambil dengan menggunakan kamera metrik sama ada foto itu diambil dari udara mahupun dari permukaan bumi (Abdul Hamid Tahir, 1990).

Daripada keterangan di atas, dapat kita simpulkan area fotogrametri terbahagi kepada dua bahagian iaitu metric dan interpretative. Metric photogrammetry digunakan untuk melakukan pengukuran yang lebih tepat daripada gambar untuk menentukan lokasi relative sesuatu titik. Sebagai contoh, jarak, sudut, keluasan, isipadu dan sebagainya. Aplikasi metric photogrammetry ini pula adalah untuk menghasilkan peta topografi daripada gambar yang merangkumi foto udara dan foto bumi.

Interpretative photogrammetry pula digunakan untuk mengenali dan mengenalpasti sesuatu objek dan menilai kepentingan objek tersebut  melalui sistematik analisis yang mana termasuklah penafsiran gambar dan remote sensing (menggunakan data secara meluas daripada alatan seperti multispectral camera, infrared sensor, thermal scanners dan side looking airborne radar.

Fotogrametri boleh diklasifikasikan sebagai fotogrametri udara dan bumi. Secara ringkas, fotogrametri udara melibatkan fotograf yang diambil dengan kamera metrik yang diletakkan diperut kapalterbang manakala fotogrametri bumi melibatkan fotograf yang diambil di atas bumi dengan kamera metrik atau kamera bukan metrik. Fotogrametri bumi melibatkan penggunaan kamera di atas permukaan tanah, kedudukan dan orientasinya diukur secara direct semasa time of exposure. Contoh aplikasi penggunaan fotogrametri bumi ialah phototheodolite (gabungan kamera dan theodolite).

                        
                

                     Phototheodolite                                   Fotogrametri Udara



Manakala fotogrametri udara pula diklasifikasikan kepada dua iaitu vertical dan oblique yang mana vertical bermaksud kedudukan axis kamera yang berada setegak yang boleh. Sekiranya axis tersebut senget (1o- 3o) ianya dikenali sebagai tilted photography. Oblique foto udara pula berlaku sekiranya axis kamera senget daripada kedudukan yang tegak.

                  
                       

                           Vertical Photogrammetry                    Oblique Photogrammetry



Fotogrametri juga turut digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian. Antara aplikasi fotogrametri yang paling utama ialah dalam menghasilkan peta topografi. Selain itu, ianya turut digunakan secara meluas untuk perancangan dalam mereka lebuh raya, rapid transit, jambatan dan lain-lain lagi. Fotogrametri juga turut menyediakan spatial data untuk kegunaan dalam bidang GIS. Selain itu, antara kegunaan lain pula merangkumi bidang archeology, kawasan kemalangan, pengurusan trafik, perubatan dan pergigian, ketenteraan dan dalam perindustrian.






         



sumber dari : 
http://www.san-lo.com/photogrammetry.html
http://www.hugha.co.uk/PhotoInt/PhotoInt.htm
http://mapsandgis.com/blog/2014/01/19/agisoft-photoscan-professional-1-9-9photogrammetry-tutorial/
http://photogrammetrist.blogspot.com/2012/09/photogrammetry-introduction.html
http://www.iwitnessphoto.com/solutions/xyrectify.html
http://userpages.umbc.edu/~tbenja1/umbc7/santabar/vol1/lec6/6-1.html
http://www.kineticorp.com/forensic-photogrammetry.aspx
http://ejo.oxfordjournals.org/content/early/2011/01/31/ejo.cjq149
http://www.medgadget.com/2013/01/medical-modeling-vsp-facial-reconstruction-system-cleared-in-u-s.html

Saturday, 25 October 2014

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN FOTOGRAMETRI

Sejarah fotogrametri ini bermula dengan plain-table photogrammetry (1850 – 1900) yang mana turut dikenali sebagai “Laussedat Method” (Aimé Laussedat, 1819-1907). Era itu bermula dengan penemuan gambar oleh Joseph Nicephore Nèpce pada tahun 1756 – 1833 dan Lois Mande Daguerre pada tahun 1789 – 1850.

Manakala analogue photogrammetry pula bermula pada tahun 1900 hingga tahun 1960. Ianya diklasifikasikan dengan penggunaan stereoscopy sebagai prinsip pengukuran dalam fotogrametri stereo dan dengan aplikasi menggunakan platform yang bersesuaian: kapal udara oleh Graf Ferdinand von Zeppelin (1838 – 1917) dan pesawat enjin dipacu oleh Wright bersaudara – Wilbur (1867 – 1912) dan Orville (1871 – 1948).

Seterusnya pula analytical photogrammetry. Ianya bermula sejak 1960 dengan terhasilnya ciptaan kalkulator elektronik dan aplikasi substantial practical daripada formula menggunakan kaedah analytical oleh Sebastian Finsterwalder (1862 – 1915).

Akhir sekali ialah digital photogrammetry yang mana bermula sejak 1990 dan digunakan sehingga kini. Ianya diteruskan dengan pelancaran satelit pertama buatan manusia oleh Sputnik (1957) dan kemudiannya oleh Landsat (1972), diikuti dengan pelancaran satelit-satelit lain. Imej daripada satelit yang beresolusi tinggi kini boleh didapati: IKONOS – 1 meter, QuickBird – 0.61 meter.



Fasa Dalam Fotogrametri





Analogue 



Analytical




Digital



sumber dari :
http://automaps.blogspot.com/2012/06/sejarah-fotogrametri.html