Bagi entry kali ini, kami akan memaparkan video berkenaan aplikasi fotogrametri dalam bidang arkeologi. Seperti mana yang kita tahu, bidang arkeologi ini sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan bidang fotogrametri ini.
Cuma bidang arkeologi dalam aplikasi fotogrametri ini berkembang bergantung kepada sesuatu negara tersebut. Video di bawah ini memaparkan tentang Dokumentasi Fotografi bandar purba Ptolemais oleh Misi Arkeologi Poland dari Universiti Warsaw. Foto ini diambil daripada atas tanah dan udara dengan menggunakan layang-layang. Projek fotogrametri artifak dan monumen telah dicipta dengan perisian Master Image.
Seterusnya adalah video berkenaan fotogrametri dalam bidang arkeologi maritim. Dalam video di bawah ini, ia memaparkan bagaimana proses-proses untuk membuat 3D model untuk artifak tandas. Ia mempunyai proses-proses yang perlu di patuhi untuk memastikan kerja 3D model tersebut berjalan lancar. Berdasarkan maklumat yang diterima, artifak tandas tersebut itu dipercayai dari sebuah kapal yang rosak ketika di antara 1850 - 1900 apabila ia di kesan daripada 'ornate images' di dalam mangkuk tandas tersebut.
Sekian dahulu daripada fotogrametri dalam bidang arkeologi. Harap kalian dapat memahami kegunaan fotogrametri dalam bidang arkeologi melalui pendedahan video tersebut :) cheers!
sumber video : Youtube